Saka

SAKA  adalah satu bentuk gangguan jin yang kerap melanda terutama di kalangan masyarakat kita. Pesakit yang mengalami gangguan ini amat sukar untuk diubati dalam masa yang singkat  kerana memerlukan kesabaran dan ketabahan diikuti dengan displin yang ketat dalam mengamalkan ayat-ayat yang diberikan sebagai amalan harian kerana gangguan ini merupakan gangguan bersifat keturunan dan diturunkan secara turun-temurun  samada secara sukarela ataupun tidak.

Adakalanya mereka ini dipilih oleh saka tersebut untuk meneruskan kehidupan mereka dengan bertubuhkan manusia. Gelaran-gelaran yang diberi seperti polong, hantu raya, gondorowo dan sebagainya. Bayangan-bayangan yang sering dilihat oleh pesakit yang telah mewarisi atau akan diwarisi selalunya seperti seekor beruk, mawas, nenek kebayan, harimau belang dan sebagainya. Tujuan utama adalah untuk memelihara kepentingan diri dan ahli keluarga. Namun seperti yang diketahui setiap tujuan pasti ada balasan yang mesti diberi pada saka tersebut.  Ada ketika mereka ini perlu dijamu dengan hidangan seperti pulut kuning, telur dan seekor ayam. Dengan cara begini mereka mampu menguasai tubuh dan minda si pesakit tersebut.  Kebanyakkan pergerakan dan percakapan pesakit tersebut dikawal oleh saka tersebut.  Kadangkala menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perbalahan sesama mereka yang tidak disukai atau tidak seiring  dengannya.

Simptom-simptom yang terdapat bagi pesakit tersebut ruqyah dan beberapa ayat-ayat lain apabila dibacakan  seperti berikut:

Sakit-sakit sendi di bahagian pinggang, bahu dan lain-lain tubuh badan.
Terasa gatal-gatal dan panas baran.
Mudah pelupa terutama ketika solat dan dalam melakukan tugasan harian.
Marah dan tidak selesa secara tiba-tiba.

Ada ketika sewaktu dirawat pesakit bertindak lebih agresif dan menjadi seperti asal diri saka tersebut contoh harimau, beruk dan sebagainya.  Apabila ini berlaku maka ikhtiar untuk mengeluarkan saka tersebut dilakukan secara bertahap-tahap. Satu contoh yang boleh diberi seorang pesakit memohon bantuan untuk dibuang sakanya. Si pesakit tersebut memiliki susuk dimana sentiasa kelihatan menawan apabila direnung atau dilihat wajahnya. Pasti yang memandang akan tertawan tetapi ada ketikanya dirinya kelihatan berwajah bengis dan garang oleh segelintir manusia. 

Rawatan yang diberi melalui urutan muka dan seluruh badan – kaedah ini pernah diguna pakai oleh saya dan ia berhasil - Urut secara satu persatu untuk mencari urat saraf yang bermasalah. Pada mula rawatan pesakit tersebut menjerit dan memarahi apabila diurut sambil dibacakan ayat-ayat tertentu.  Terasa dirinya seperti ditoreh dan dikelar dengan pisau yang tajam.  Ia berlarutan sehingga hari keempat apabila diurut pada tempat yang sama pesakit dapat mengawal kesakitan. Alhamdulillah setelah diberi ayat-ayat untuk diamalkan sepanjang rawatan pesakit kelihatan lebih sihat dan kembali pada kecantikan asli yang dimilikinya. 


Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk mensyukuri dan menghargai segala pemberianNya tanpa melakukan sesuatu yang syirik demi untuk kelihatan cantik, segak, hebat dan menawan.  Tidak salah untuk kelihatan sedemikian tetapi amalkan senaman tips-tips kecantikan yang tidak bercanggah dengan agama.  

Kecantikan akan terserlah apabila kecantikan dalaman secara rohani diamalkan melalui zikir harian insyaAllah. Amalkan tanpa jemu dan istiqamah tanpa mengharapkan balasan itu yang paling mulia disisiNya

Santau

Santau merupakan salah satu bentuk sihir yang sering digunakan untuk memuaskan nafsu amarah terhadap insan yang tidak berdosa disebabkan kemarahan disaluti dendam dan dengki yang tidak berkesudahan. Bila hati dan perasaan tidak dapat dikawal maka terjadinya sifat iri hati yang merupakan sifat mazmumah yang menghakis segala amalan kebaikan yang telah dilakukan secara sedikit demi sedikit bak bukit yang terhakis dek kerakusan manusia.


Tidak lama dahulu saya telah didatangi seorang hamba Allah yang telah mengalami perut kembung serta kegatalan yang amat di seluruh tubuh badan. Beliau kelihatan amat lesu dan tidak bermaya dan batuk. Selain terdapat tanda-tanda berikut:.

Bahu dan belikat sakit dan sengal.
Perut kembung berangin dan ketat
Buang air besar terasa panas dan beser
Terasa rasa bahang panas terutama di bahagian perut dan dada.
Terasa gatal-gatal di tubuh badan, muka dan rongga
Air muka jatuh
Tidak dapat tidur lena, keresahan , murung dan kadangkala menyebabakan susut badan secara tiba-tiba..

Setelah didiagnose beliau dikesan mengalami sihir santau. Beliau telah dirawat selama tiga hari berturut-turut. Pada hari pertama hingga ke hari ketiga telah dibacakan ruqyah disertakan ayat-ayat tertentu untuk meredakan simptom yang dialaminya. Kemudian pada hari terakhir dibacakan surah Hud dengan tartil. Bahagian yang gatal dan panas di sapukan dengan jus limau purut. Semasa dalam rawatan di anjurkan pesakit memperbanyakkan solat sunat terutama tahajjud dan tasbih. Alhamdulillah apabila pesakit telah menunaikan seperti yang dianjurkan sakitnya semakin berkurangan dan akhirnya pulih. 

Semasa dalam rawatan amat penting pesakit perbanyakkan zikir supaya dapat menghalang dari terkena atau memburukkan keadaan sedia ada insyaAllah.

Cara Untuk Mengimbas Jin Dalam Badan



Mungkin kita pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
  
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? 
  
Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..
  

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.



Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.


Langkah 3Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
  
Berjumpalah dengan Muallij - Ahli Perubatan Islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.


 SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN


1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.39) Kerap mendengar sesuatu bisikan
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)


Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang


Rawatan Kanser Stage Awal


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

Cara Amalan


Selepas solat lima waktu, baca Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (3 kali), selawat ke atas Nabi (3 kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)



Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah.





Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.



Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seolah-olah kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan ke tempat kanser tersebut. Tarik nafas tersebut sehingga 21 kali selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.



TANDA-TANDA PESAKIT YANG MENGALAMI GANGGUAN.

Tanda-tanda berikut akan berlaku kepada pesakit sebelum menjalani rawatan. samada ketika dalam perjalanan ke pusat rawatan ataupun semasa menunggu giliran menjalani rawatan:

1. Pesakit tiba tiba berasa cemas,berdebar debar dan ketakutan.
2. Pesakit tiba-tiba berasa mahu membuang air kecil atau pun besar dan berulangkali membuang air kecil.
3. Pesakit tidak senang duduk. Sekejap berdiri, berjalan mundar mandir dan sekejap duduk termenung.
4. Pesakit berasa benci melihat perawat yang mengikut sunnah nabi. Biasanya apabila pesakit menghubungi perawat untuk temujanji melalui telefon, pesakit akan mendengar seperti bisikan supaya jangan meneruskan sesi rawatan.
5. Pesakit berasa seram sejuk ataupun demam.
6. Pesakit berpura-pura tidur dan berlaku tenang.
7. Pesakit lari dari tempat rawatan.

TERAPI MINDA MANGSA SIHIR PENGASIH DAN HISTERIA

YASIN AYAT 10 : TERAPI MINDA MANGSA SIHIR PENGASIH DAN HISTERIA 

وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)

Lakukan solat hajat dan baca ayat diatas sebanyak 313x

CATATAN: Amalan ini adalah sesuai sebagai ikhtiar untuk membebaskan ahli keluarga dari pengaruh sihir penunduk atau nasi tangas.



Jin Terperangkap Minta Bantuan

Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang guru wanita yang minta dirawat ekoran mengalami sakit di bahagian tengkuk dan bahu. Beliau mengadu kadang-kadang terasa seperti hendak pitam dan muntah. Pada sebelah malam saya berkunjung kerumahnya, kebetulan tidak begitu jauh dari klinik saya yang jarak perjalanan lebih kurang 15 minit dengan kenderaan.  

Sebaik sampai di rumahnya jelas kelihatan ia seperti mengalami kesakitan yang amat sangat. Tanpa membuang masa saya meminta dia duduk mengadap ke arah kiblat. Saya langsung diagnose guru wanita tersebut dengan membaca beberapa potongan ayat dari beberapa surah dalam al-quran.Ternyata ia mengalami gangguan makhluk halus. Setelah saya membaca ayat berikut selama 5 minit terdapat perubahan kepada guru tersebut.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ (١١٥)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلاهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (١١٦)وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ (١١٧)وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (١١٨

Makhluk di dalam tubuh guru tersebut mula menunjuk reaksi dan berdialog dengan saya. Biasanya saya tidak menizinkan jin berdialog dengan saya kerana apa yang keluar dari pertuturannya merupakan satu tipu muslihat, pembohongan yang boleh mencetuskan permusuhan serta fitnah berpanjangan. Lagi sekali jin tersebut minta kebenaran untuk berdialog dengan saya selepas cubaan pertamanya tidak saya endahkan. Jin yang berada dalam tubuh guru tersebut menjelaskan bahawa ia dihantar oleh ketuanya kerana ingin memohon pertolongan saya supaya dia dan kumpulannya dilepaskan dari kurungan. Rupa-rupanya sekolah tempat guru ini mengajar ada memanggil perawat untuk memagar kawasan sekolah tersebut. Mengikut ceritanya hampir 2 minggu terkurung. Kesian juga saya bila dia merayu pertolongan dan mengakui beragama Islam dan sama aqidah dengan saya. Jin itu memberitahu di kalangan banyak jin itu ada yang nakal dan ganggu murid sekolah. 

Saya sedia membantu jin itu tetapi dengan syarat ia mesti beredar dan pindah ke tempat lain serta jangan menganggu manusia lagi. Jin itu bersetuju, setelah membaca surah Al-Fil guru tadi pun tersedar dan dia kata dia dengar apa yang diperkatakan tetapi dia tak boleh kawal pertuturannya. Saya katakan yang berdialog itu tadi adalah jin yang meminjam lidahnya.

Saya bertanya kepada guru tersebut adakah pihak sekolah memanggil perawat baru-baru ini. Memang ada katanya pihak sekolah ada memanggil perawat. Sewaktu dalam sesi rawatan perawat tersebut menaburkan beras di seluruh bilik darjah dengan tujuan untuk memagar sekoalah dari gangguan jin. Saya pun minta guru tersebut tunjukkan kepada saya plan bangunan sekolah. Dia berjanji akan mendapatkan untuk saya. Kesokkan harinya dia memberitahu plan bangunan sudah ada padanya, saya katakan malam nanti saya ambil.  

Pada sebelah malamnya saya pergi ke rumah guru tesebut untuk mendapatkan plan, lantas saya tanya guru itu di mana kelasnya dan bilik guru penolong kanan kerana di situlah jin itu terkurung. Malamnya selepas solat Isyak saya membantu melepaskan kumpulan jin tersebut. Keesokkannya ketika azan zuhur berkumandang ketua jin datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih kerana membantunya. Kali ini baru nampak susuk badannya hitan dan ada sedikit puteh di bahagian janggut. Jin ini sudah tua rupanya. Jin itu berjanji akan beredar menurut syarat perjanjian cuma dia minta agar dipagar bangunan sekolah sahaja dan kawasan sekolah tidak di pagar. Jin itu sempat berpesan kepada saya agar disampaikan kepada perawat tersebut supaya berlaku ehsan sesama makhluk Allah. Saya katakan yang ini saya tak dapat sampaikan.