Saka

SAKA  adalah satu bentuk gangguan jin yang kerap melanda terutama di kalangan masyarakat kita. Pesakit yang mengalami gangguan ini amat sukar untuk diubati dalam masa yang singkat  kerana memerlukan kesabaran dan ketabahan diikuti dengan displin yang ketat dalam mengamalkan ayat-ayat yang diberikan sebagai amalan harian kerana gangguan ini merupakan gangguan bersifat keturunan dan diturunkan secara turun-temurun  samada secara sukarela ataupun tidak.

Adakalanya mereka ini dipilih oleh saka tersebut untuk meneruskan kehidupan mereka dengan bertubuhkan manusia. Gelaran-gelaran yang diberi seperti polong, hantu raya, gondorowo dan sebagainya. Bayangan-bayangan yang sering dilihat oleh pesakit yang telah mewarisi atau akan diwarisi selalunya seperti seekor beruk, mawas, nenek kebayan, harimau belang dan sebagainya. Tujuan utama adalah untuk memelihara kepentingan diri dan ahli keluarga. Namun seperti yang diketahui setiap tujuan pasti ada balasan yang mesti diberi pada saka tersebut.  Ada ketika mereka ini perlu dijamu dengan hidangan seperti pulut kuning, telur dan seekor ayam. Dengan cara begini mereka mampu menguasai tubuh dan minda si pesakit tersebut.  Kebanyakkan pergerakan dan percakapan pesakit tersebut dikawal oleh saka tersebut.  Kadangkala menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perbalahan sesama mereka yang tidak disukai atau tidak seiring  dengannya.

Simptom-simptom yang terdapat bagi pesakit tersebut ruqyah dan beberapa ayat-ayat lain apabila dibacakan  seperti berikut:

Sakit-sakit sendi di bahagian pinggang, bahu dan lain-lain tubuh badan.
Terasa gatal-gatal dan panas baran.
Mudah pelupa terutama ketika solat dan dalam melakukan tugasan harian.
Marah dan tidak selesa secara tiba-tiba.

Ada ketika sewaktu dirawat pesakit bertindak lebih agresif dan menjadi seperti asal diri saka tersebut contoh harimau, beruk dan sebagainya.  Apabila ini berlaku maka ikhtiar untuk mengeluarkan saka tersebut dilakukan secara bertahap-tahap. Satu contoh yang boleh diberi seorang pesakit memohon bantuan untuk dibuang sakanya. Si pesakit tersebut memiliki susuk dimana sentiasa kelihatan menawan apabila direnung atau dilihat wajahnya. Pasti yang memandang akan tertawan tetapi ada ketikanya dirinya kelihatan berwajah bengis dan garang oleh segelintir manusia. 

Rawatan yang diberi melalui urutan muka dan seluruh badan – kaedah ini pernah diguna pakai oleh saya dan ia berhasil - Urut secara satu persatu untuk mencari urat saraf yang bermasalah. Pada mula rawatan pesakit tersebut menjerit dan memarahi apabila diurut sambil dibacakan ayat-ayat tertentu.  Terasa dirinya seperti ditoreh dan dikelar dengan pisau yang tajam.  Ia berlarutan sehingga hari keempat apabila diurut pada tempat yang sama pesakit dapat mengawal kesakitan. Alhamdulillah setelah diberi ayat-ayat untuk diamalkan sepanjang rawatan pesakit kelihatan lebih sihat dan kembali pada kecantikan asli yang dimilikinya. 


Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk mensyukuri dan menghargai segala pemberianNya tanpa melakukan sesuatu yang syirik demi untuk kelihatan cantik, segak, hebat dan menawan.  Tidak salah untuk kelihatan sedemikian tetapi amalkan senaman tips-tips kecantikan yang tidak bercanggah dengan agama.  

Kecantikan akan terserlah apabila kecantikan dalaman secara rohani diamalkan melalui zikir harian insyaAllah. Amalkan tanpa jemu dan istiqamah tanpa mengharapkan balasan itu yang paling mulia disisiNya

Santau

Santau merupakan salah satu bentuk sihir yang sering digunakan untuk memuaskan nafsu amarah terhadap insan yang tidak berdosa disebabkan kemarahan disaluti dendam dan dengki yang tidak berkesudahan. Bila hati dan perasaan tidak dapat dikawal maka terjadinya sifat iri hati yang merupakan sifat mazmumah yang menghakis segala amalan kebaikan yang telah dilakukan secara sedikit demi sedikit bak bukit yang terhakis dek kerakusan manusia.


Tidak lama dahulu saya telah didatangi seorang hamba Allah yang telah mengalami perut kembung serta kegatalan yang amat di seluruh tubuh badan. Beliau kelihatan amat lesu dan tidak bermaya dan batuk. Selain terdapat tanda-tanda berikut:.

Bahu dan belikat sakit dan sengal.
Perut kembung berangin dan ketat
Buang air besar terasa panas dan beser
Terasa rasa bahang panas terutama di bahagian perut dan dada.
Terasa gatal-gatal di tubuh badan, muka dan rongga
Air muka jatuh
Tidak dapat tidur lena, keresahan , murung dan kadangkala menyebabakan susut badan secara tiba-tiba..

Setelah didiagnose beliau dikesan mengalami sihir santau. Beliau telah dirawat selama tiga hari berturut-turut. Pada hari pertama hingga ke hari ketiga telah dibacakan ruqyah disertakan ayat-ayat tertentu untuk meredakan simptom yang dialaminya. Kemudian pada hari terakhir dibacakan surah Hud dengan tartil. Bahagian yang gatal dan panas di sapukan dengan jus limau purut. Semasa dalam rawatan di anjurkan pesakit memperbanyakkan solat sunat terutama tahajjud dan tasbih. Alhamdulillah apabila pesakit telah menunaikan seperti yang dianjurkan sakitnya semakin berkurangan dan akhirnya pulih. 

Semasa dalam rawatan amat penting pesakit perbanyakkan zikir supaya dapat menghalang dari terkena atau memburukkan keadaan sedia ada insyaAllah.