SAKA adalah satu bentuk
gangguan jin yang kerap melanda terutama di kalangan masyarakat kita. Pesakit
yang mengalami gangguan ini amat sukar untuk diubati dalam masa yang singkat kerana memerlukan kesabaran dan ketabahan diikuti
dengan displin yang ketat dalam mengamalkan ayat-ayat yang diberikan sebagai amalan
harian kerana gangguan ini merupakan gangguan bersifat keturunan dan diturunkan
secara turun-temurun samada secara
sukarela ataupun tidak.
.jpg)
Simptom-simptom yang terdapat bagi pesakit tersebut ruqyah dan
beberapa ayat-ayat lain apabila dibacakan seperti berikut:
Sakit-sakit sendi di bahagian pinggang, bahu dan lain-lain
tubuh badan.
Terasa gatal-gatal dan panas baran.
Mudah pelupa terutama ketika solat dan dalam melakukan
tugasan harian.
Marah dan tidak selesa secara tiba-tiba.
Ada ketika sewaktu dirawat pesakit bertindak lebih agresif
dan menjadi seperti asal diri saka tersebut contoh harimau, beruk dan
sebagainya. Apabila ini berlaku maka
ikhtiar untuk mengeluarkan saka tersebut dilakukan secara bertahap-tahap. Satu
contoh yang boleh diberi seorang pesakit memohon bantuan untuk dibuang sakanya.
Si pesakit tersebut memiliki susuk dimana sentiasa kelihatan menawan apabila
direnung atau dilihat wajahnya. Pasti yang memandang akan tertawan tetapi ada
ketikanya dirinya kelihatan berwajah bengis dan garang oleh segelintir manusia.
Rawatan yang diberi melalui urutan muka dan seluruh badan –
kaedah ini pernah diguna pakai oleh saya dan ia berhasil - Urut secara satu
persatu untuk mencari urat saraf yang bermasalah. Pada mula rawatan pesakit
tersebut menjerit dan memarahi apabila diurut sambil dibacakan ayat-ayat
tertentu. Terasa dirinya seperti ditoreh
dan dikelar dengan pisau yang tajam. Ia
berlarutan sehingga hari keempat apabila diurut pada tempat yang sama pesakit
dapat mengawal kesakitan. Alhamdulillah setelah diberi ayat-ayat untuk
diamalkan sepanjang rawatan pesakit kelihatan lebih sihat dan kembali pada
kecantikan asli yang dimilikinya.
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk mensyukuri dan
menghargai segala pemberianNya tanpa melakukan sesuatu yang syirik demi untuk
kelihatan cantik, segak, hebat dan menawan.
Tidak salah untuk kelihatan sedemikian tetapi amalkan senaman tips-tips
kecantikan yang tidak bercanggah dengan agama.
Kecantikan akan terserlah apabila kecantikan dalaman secara rohani
diamalkan melalui zikir harian insyaAllah. Amalkan tanpa jemu dan istiqamah
tanpa mengharapkan balasan itu yang paling mulia disisiNya