Santau

Santau merupakan salah satu bentuk sihir yang sering digunakan untuk memuaskan nafsu amarah terhadap insan yang tidak berdosa disebabkan kemarahan disaluti dendam dan dengki yang tidak berkesudahan. Bila hati dan perasaan tidak dapat dikawal maka terjadinya sifat iri hati yang merupakan sifat mazmumah yang menghakis segala amalan kebaikan yang telah dilakukan secara sedikit demi sedikit bak bukit yang terhakis dek kerakusan manusia.


Tidak lama dahulu saya telah didatangi seorang hamba Allah yang telah mengalami perut kembung serta kegatalan yang amat di seluruh tubuh badan. Beliau kelihatan amat lesu dan tidak bermaya dan batuk. Selain terdapat tanda-tanda berikut:.

Bahu dan belikat sakit dan sengal.
Perut kembung berangin dan ketat
Buang air besar terasa panas dan beser
Terasa rasa bahang panas terutama di bahagian perut dan dada.
Terasa gatal-gatal di tubuh badan, muka dan rongga
Air muka jatuh
Tidak dapat tidur lena, keresahan , murung dan kadangkala menyebabakan susut badan secara tiba-tiba..

Setelah didiagnose beliau dikesan mengalami sihir santau. Beliau telah dirawat selama tiga hari berturut-turut. Pada hari pertama hingga ke hari ketiga telah dibacakan ruqyah disertakan ayat-ayat tertentu untuk meredakan simptom yang dialaminya. Kemudian pada hari terakhir dibacakan surah Hud dengan tartil. Bahagian yang gatal dan panas di sapukan dengan jus limau purut. Semasa dalam rawatan di anjurkan pesakit memperbanyakkan solat sunat terutama tahajjud dan tasbih. Alhamdulillah apabila pesakit telah menunaikan seperti yang dianjurkan sakitnya semakin berkurangan dan akhirnya pulih. 

Semasa dalam rawatan amat penting pesakit perbanyakkan zikir supaya dapat menghalang dari terkena atau memburukkan keadaan sedia ada insyaAllah.