Jin Terperangkap Minta Bantuan

Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang guru wanita yang minta dirawat ekoran mengalami sakit di bahagian tengkuk dan bahu. Beliau mengadu kadang-kadang terasa seperti hendak pitam dan muntah. Pada sebelah malam saya berkunjung kerumahnya, kebetulan tidak begitu jauh dari klinik saya yang jarak perjalanan lebih kurang 15 minit dengan kenderaan.  

Sebaik sampai di rumahnya jelas kelihatan ia seperti mengalami kesakitan yang amat sangat. Tanpa membuang masa saya meminta dia duduk mengadap ke arah kiblat. Saya langsung diagnose guru wanita tersebut dengan membaca beberapa potongan ayat dari beberapa surah dalam al-quran.Ternyata ia mengalami gangguan makhluk halus. Setelah saya membaca ayat berikut selama 5 minit terdapat perubahan kepada guru tersebut.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ (١١٥)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلاهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (١١٦)وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ (١١٧)وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (١١٨

Makhluk di dalam tubuh guru tersebut mula menunjuk reaksi dan berdialog dengan saya. Biasanya saya tidak menizinkan jin berdialog dengan saya kerana apa yang keluar dari pertuturannya merupakan satu tipu muslihat, pembohongan yang boleh mencetuskan permusuhan serta fitnah berpanjangan. Lagi sekali jin tersebut minta kebenaran untuk berdialog dengan saya selepas cubaan pertamanya tidak saya endahkan. Jin yang berada dalam tubuh guru tersebut menjelaskan bahawa ia dihantar oleh ketuanya kerana ingin memohon pertolongan saya supaya dia dan kumpulannya dilepaskan dari kurungan. Rupa-rupanya sekolah tempat guru ini mengajar ada memanggil perawat untuk memagar kawasan sekolah tersebut. Mengikut ceritanya hampir 2 minggu terkurung. Kesian juga saya bila dia merayu pertolongan dan mengakui beragama Islam dan sama aqidah dengan saya. Jin itu memberitahu di kalangan banyak jin itu ada yang nakal dan ganggu murid sekolah. 

Saya sedia membantu jin itu tetapi dengan syarat ia mesti beredar dan pindah ke tempat lain serta jangan menganggu manusia lagi. Jin itu bersetuju, setelah membaca surah Al-Fil guru tadi pun tersedar dan dia kata dia dengar apa yang diperkatakan tetapi dia tak boleh kawal pertuturannya. Saya katakan yang berdialog itu tadi adalah jin yang meminjam lidahnya.

Saya bertanya kepada guru tersebut adakah pihak sekolah memanggil perawat baru-baru ini. Memang ada katanya pihak sekolah ada memanggil perawat. Sewaktu dalam sesi rawatan perawat tersebut menaburkan beras di seluruh bilik darjah dengan tujuan untuk memagar sekoalah dari gangguan jin. Saya pun minta guru tersebut tunjukkan kepada saya plan bangunan sekolah. Dia berjanji akan mendapatkan untuk saya. Kesokkan harinya dia memberitahu plan bangunan sudah ada padanya, saya katakan malam nanti saya ambil.  

Pada sebelah malamnya saya pergi ke rumah guru tesebut untuk mendapatkan plan, lantas saya tanya guru itu di mana kelasnya dan bilik guru penolong kanan kerana di situlah jin itu terkurung. Malamnya selepas solat Isyak saya membantu melepaskan kumpulan jin tersebut. Keesokkannya ketika azan zuhur berkumandang ketua jin datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih kerana membantunya. Kali ini baru nampak susuk badannya hitan dan ada sedikit puteh di bahagian janggut. Jin ini sudah tua rupanya. Jin itu berjanji akan beredar menurut syarat perjanjian cuma dia minta agar dipagar bangunan sekolah sahaja dan kawasan sekolah tidak di pagar. Jin itu sempat berpesan kepada saya agar disampaikan kepada perawat tersebut supaya berlaku ehsan sesama makhluk Allah. Saya katakan yang ini saya tak dapat sampaikan.