TANDA-TANDA PESAKIT YANG MENGALAMI GANGGUAN.

Tanda-tanda berikut akan berlaku kepada pesakit sebelum menjalani rawatan. samada ketika dalam perjalanan ke pusat rawatan ataupun semasa menunggu giliran menjalani rawatan:

1. Pesakit tiba tiba berasa cemas,berdebar debar dan ketakutan.
2. Pesakit tiba-tiba berasa mahu membuang air kecil atau pun besar dan berulangkali membuang air kecil.
3. Pesakit tidak senang duduk. Sekejap berdiri, berjalan mundar mandir dan sekejap duduk termenung.
4. Pesakit berasa benci melihat perawat yang mengikut sunnah nabi. Biasanya apabila pesakit menghubungi perawat untuk temujanji melalui telefon, pesakit akan mendengar seperti bisikan supaya jangan meneruskan sesi rawatan.
5. Pesakit berasa seram sejuk ataupun demam.
6. Pesakit berpura-pura tidur dan berlaku tenang.
7. Pesakit lari dari tempat rawatan.

TERAPI MINDA MANGSA SIHIR PENGASIH DAN HISTERIA

YASIN AYAT 10 : TERAPI MINDA MANGSA SIHIR PENGASIH DAN HISTERIA 

وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)

Lakukan solat hajat dan baca ayat diatas sebanyak 313x

CATATAN: Amalan ini adalah sesuai sebagai ikhtiar untuk membebaskan ahli keluarga dari pengaruh sihir penunduk atau nasi tangas.



Jin Terperangkap Minta Bantuan

Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang guru wanita yang minta dirawat ekoran mengalami sakit di bahagian tengkuk dan bahu. Beliau mengadu kadang-kadang terasa seperti hendak pitam dan muntah. Pada sebelah malam saya berkunjung kerumahnya, kebetulan tidak begitu jauh dari klinik saya yang jarak perjalanan lebih kurang 15 minit dengan kenderaan.  

Sebaik sampai di rumahnya jelas kelihatan ia seperti mengalami kesakitan yang amat sangat. Tanpa membuang masa saya meminta dia duduk mengadap ke arah kiblat. Saya langsung diagnose guru wanita tersebut dengan membaca beberapa potongan ayat dari beberapa surah dalam al-quran.Ternyata ia mengalami gangguan makhluk halus. Setelah saya membaca ayat berikut selama 5 minit terdapat perubahan kepada guru tersebut.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ (١١٥)فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلاهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (١١٦)وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ (١١٧)وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (١١٨

Makhluk di dalam tubuh guru tersebut mula menunjuk reaksi dan berdialog dengan saya. Biasanya saya tidak menizinkan jin berdialog dengan saya kerana apa yang keluar dari pertuturannya merupakan satu tipu muslihat, pembohongan yang boleh mencetuskan permusuhan serta fitnah berpanjangan. Lagi sekali jin tersebut minta kebenaran untuk berdialog dengan saya selepas cubaan pertamanya tidak saya endahkan. Jin yang berada dalam tubuh guru tersebut menjelaskan bahawa ia dihantar oleh ketuanya kerana ingin memohon pertolongan saya supaya dia dan kumpulannya dilepaskan dari kurungan. Rupa-rupanya sekolah tempat guru ini mengajar ada memanggil perawat untuk memagar kawasan sekolah tersebut. Mengikut ceritanya hampir 2 minggu terkurung. Kesian juga saya bila dia merayu pertolongan dan mengakui beragama Islam dan sama aqidah dengan saya. Jin itu memberitahu di kalangan banyak jin itu ada yang nakal dan ganggu murid sekolah. 

Saya sedia membantu jin itu tetapi dengan syarat ia mesti beredar dan pindah ke tempat lain serta jangan menganggu manusia lagi. Jin itu bersetuju, setelah membaca surah Al-Fil guru tadi pun tersedar dan dia kata dia dengar apa yang diperkatakan tetapi dia tak boleh kawal pertuturannya. Saya katakan yang berdialog itu tadi adalah jin yang meminjam lidahnya.

Saya bertanya kepada guru tersebut adakah pihak sekolah memanggil perawat baru-baru ini. Memang ada katanya pihak sekolah ada memanggil perawat. Sewaktu dalam sesi rawatan perawat tersebut menaburkan beras di seluruh bilik darjah dengan tujuan untuk memagar sekoalah dari gangguan jin. Saya pun minta guru tersebut tunjukkan kepada saya plan bangunan sekolah. Dia berjanji akan mendapatkan untuk saya. Kesokkan harinya dia memberitahu plan bangunan sudah ada padanya, saya katakan malam nanti saya ambil.  

Pada sebelah malamnya saya pergi ke rumah guru tesebut untuk mendapatkan plan, lantas saya tanya guru itu di mana kelasnya dan bilik guru penolong kanan kerana di situlah jin itu terkurung. Malamnya selepas solat Isyak saya membantu melepaskan kumpulan jin tersebut. Keesokkannya ketika azan zuhur berkumandang ketua jin datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih kerana membantunya. Kali ini baru nampak susuk badannya hitan dan ada sedikit puteh di bahagian janggut. Jin ini sudah tua rupanya. Jin itu berjanji akan beredar menurut syarat perjanjian cuma dia minta agar dipagar bangunan sekolah sahaja dan kawasan sekolah tidak di pagar. Jin itu sempat berpesan kepada saya agar disampaikan kepada perawat tersebut supaya berlaku ehsan sesama makhluk Allah. Saya katakan yang ini saya tak dapat sampaikan.


Zikir munajat

Kepada pesakit atau pun sesiapa saja biasanya buntu memikirkan masalah yang dihadapinya. Tariklah nafas dan bertenang, kerana yang membuntukan fikiran anda itu adalah mainan syaitan. Jangan terus memikirkannya.. urusdiri anda dan kemaskini kembali file-file yang bersepah diminda. Pelahankan rentak  jantung yang laju sekejap perlahan dengan berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT. Jangan rasa berat atau malu untuk memulakannya

Mulakan dari sekarang ... Zikir munajat ini adalah ketegori zikir yang ringan tetapi besar manfaatnya jika dilakukan dengan penuh penghayatan akan bait-bait indah zikir ini dan dilakukan secara istiqomah. Lakukan setiap hari diwaktu kelapangan atau ditengah keheningan malam yang sunyi. Dengan izin Allah hati akan jadi tenang, fikiran anda tidak lagi serabut, anda juga akan dapat rasakan satu rangsangan luarbiasa terbit dari dalam diri anda dan rasa lebih yakin.

Inilah dia Zikir Munajat..

CATATAN PERAWAT

SEGALA  puji dan puja bagi Allah sekelian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Setelah beberapa tahun  membantu memulihkan mangsa sihir dan pesakit yang mengalami masalah gangguan makhluk halus melalui rawatan Syifa’ Islam, saya merasa seperti terpanggil untuk menulis dan menghimpun catatan serta pengalaman sepanjang merawat mangsa samada berkunjung ke rumah mereka atau pesakit sendiri datang ke kediaman saya.

Kebelakangan ini saya agak kerap melakukan rawatan syifa’ terhadap pesakit wanita ekoran permintaan  para suami yang berhajat agar saya melakukan rawatan keatas isteri mereka. Mereka melahirkan rasa kurang selesa  dirawat oleh perawat yang kebanyakannya lelaki. Atas tanggungjawab dan dorongan inilah saya merasakan perlu membantu sekaligus memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Sepanjang mengadakan sesi rawatan Islam, saya memperdengarkan beberapa potong ayat-ayat al-Quran kepada pesakit. Biasanya dimulakan dengan bacaan surah al-Fatehah diikuti surah al-Baqarah ayat: 255 diikuti surah al-Hasr ayat: 21 – 24, surah al-Jin ayat 1 – 9 dan al-Mukminun  ayat: 115 – 118. Sekiranya mereka mengalami gangguan akan timbul reaksi seperti  pening kepala, mabuk, muntah,  menggeletar, pengsan, kesejukan dan berdebar-debar. Ketika inilah jin akan berkomunikasi dengan saya melalui lidah pesakit. Biasanya, mereka meraung dan meminta berhenti membaca Al-quran. Ketika inilah saya akan mengemukakan soalan berikut: 
  • Siapa nama kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Kenapa kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
  • Apakah kamu dihantar oleh seseorang?
  • Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini?
Sekiranya  saya berdepan dengan jin beragama Islam,  saya agak sedikit berlembut dengan memujuk dan memberi nasihat serta peringatan. Saya bertindak sesuai dengan tujuan jin itu masuk ke dalam tubuh pesakit. Jika jin itu memasuki tubuh kerana kezaliman pesakit  saya memberitahunya bahawa pesakit itu tidak tahu dan tidak sengaja.

Jika Jin itu masuk ke dalam tubuh pesakit kerana mabuk cinta kepada manusia, saya menjelaskan bahawa tindakannya adalah haram. Saya memperingatkannya tentang balasan Allah pada hari kiamat.  Kalau jin itu bersetuju untuk keluar  saya meminta jin itu membuat akujanji berikut:

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Sebenar ada beberapa perangai jin yang perlu diketahui dan  boleh dikongsi bersama. Untuk rekod, jin ada yang  memekik dan mengancam . Dalam situasi ini kita tak perlu takut. Sebaliknya pukul jin tersebut dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah,  jin tersebut akan diam.
Kadangkala ada jin mencaci,  maka janganlah marah kepadanya. Kadangkala jin itu memuji  katakan “Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya." Jika  ingin tahu tentang akidah jin tersebut, maka bacakanlah kepadanya Surah Al-Maidah -  Ayat 72

Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim".

Kadangkala ada jin yang lari ketika melafaz janji.  Dalam keadaan ini bacakan berulang-kali surah Ar-Rahman – Ayat:  33-36)

33 Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu menembus keluar. kamu tidak akan menembus keluar melainkan Dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)!
34. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?
35. kamu (Wahai golongan Yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan Dengan api Yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); Dengan Yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
36. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

Ada jin yang tidak tahu cara untuk keluar, dalam menghadapi hal ini, maka azan di telinga pesakit. Jin juga kadang-kadang mengenakan syarat untuk keluar. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaati jin akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti. 

Sepanjang tempoh saya merawat sehingga sekarang, saya tidak pernah melihat  jin dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t.telah memperkenankan permohonan Bapak JIN (ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat.

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” – (Surah Al-A’raaf: 27)

Kalau ada sesiapa  yang mendakwa dia telah melihat jin/Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian). Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, jin atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu. Jin dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.

Saya mengalukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi perawat kerana ia adalah satu TUNTUTAN FARDU KIFAYAH. Tugas murni yang diharuskan oleh syariat selagi tidak mengandungi unsur syirik. Namun apa yang perlu saya tegaskan di sini bahawa untuk menjadi seorang perawat bukan sesuatu yang longgar dan mudah kerana ia memerlukan istiqamah, komitmen serta ketahanan diri zahir dan batin. Pertolongan dan bantuan Allah Subhanahu Wataala dalam apa jua bentuk sekali pun amat diharapkan terutamanya dalam situasi berdepan dengan pesakit  yang mengalami gangguan sihir.

Sesiapa yang ingin menjadi perawat disyaratkan menghafal dan mengingati ayat-ayat yang akan saya nyatakan dibawah nanti, Selain itu mereka mestilah menjaga akhlaknya baik sesama manusia atau terhadap Allah Subhanahu Wataala. Perawat perlu memelihara solat, puasa, perkataan, pertuturan serta menjaga siqah selain menjauhi prasangka sesama manusia. Perawat perlu menghidupkan malam bermunajat dengan berqiamullail sambil mendirikan solat Tahajjud dan solat sunat seperti solat sunat Hajat, solat sunat Taubat dan sebagainya.

PESANAN KEPADA PERAWAT:

1. Ikhlas dan Tawadhuk.
2.     Mendapatkan ilmu daripada guru.
3.     Bersabar dengan segala bentuk dugaan dan ujian.
4.     Tidak menetapkan bayaran rawatan.
5.     Menyimpan rahsia pesakit.
6. Dilarang mengatakan “ Buatan orang atau sihir”
7.     Memberikan harapan kepada pesakit.
8.     Yakin, berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah.
9.     Mendukung kalimah Allah dan menegakkanya.
10.   Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam.
11.   Tidak menyakiti haiwan tanpa sebab terutama anjing dan kucing.
12.   Mengetahui muslihat Jin/Syaitan.



Ikhlas daripada saya,

Hajah Humaira binte Ahmad
Rawatan syifa’ al-izzah
17 April 2010






RAWATAN UNTUK KES GANGGUAN SIHIR DAN MAKHLUK HALUS


بسم الله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit berserta penawarnya. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.Sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit dan penawar. Kita hanya berikhtiar, kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.Oleh itu saya dengan sedaya upaya berikhtiar menolong individu yang memohon bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak. Berikhtiar untuk mencari kesembuhan.





Perawat adalah seorang Wanita ~ Sila ATUR Temujanji Anda

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Hajah Umairah: 012-216 4676 
Lokasi Rawatan: No. 21-1, Jalan Adenium 2G/12, Seksyen BB5,
Bukit Beruntung, 48300 RAWANG, Selangor Darul Ehsan